Rabu, 31 Oktober 2012

[51] Laporan Aktiviti Bulan Oktober 2012


# Klik link yang berkenaan untuk ke Facebook (bagi individu yang dinamakan) atau ke gambar - gambar penuh program. 

1.          3 - 7 Oktober 2012 - Edisi sulung Rashid Admon’s Well – Kept Secrets (RAWKS) yang merupakan 3 siri video motivasi, panduan akademik dan tips peperiksaan mula disiarkan di saluran TV G2 Pemanis Youtube. Tiga episode disiarkan, secara berturutan pada 3, 5 dan 7 Oktober 2012.


RAWKS Episod 1


RAWKS Episod 2


RAWKS Episod 3


2.         5 - 6 Oktober 2012 Sesi pemilihan pemain remaja Felda untuk menjalani latihan di Cardiff City, Wales, UK telah diadakan di Akademi Bola Sepak, Sri Semai Bakti Felda, Kuantan dan SMK Pelindung, Beserah, Kuantan. Tahniah kepada Mohd Hilmi Abd Rahman yang telah terpilih. Syabas juga kepada Badrul Halim Katimin yang telah mencuba.


Pemilihan Pemain Remaja Felda ke Cardiff City, UK

3.          6 Oktober 2012 - G2 mengadakan Bengkel Asas Fotografi yang dikendalikan oleh Sdra Mohd Hafizan.

4.           6 Oktober 2012 – Pasukan Hoki SMK Pemanis menyertai Kejohanan Hoki 6 Sebelah Bawah 16 Tahun Segamat di padang SMK Tinggi Segamat. Berjaya menduduki tempat ke – 3.


Hoki 6 Sebelah Bawah 16 Tahun Segamat



5.          13 Oktober 2012 – Pasukan Bola Tampar SMK Pemanis menyertai Kejohanan Bola Tampar 4 Sebelah Segamat di Dewan Bola Keranjang Segamat. Kandas di peringkat suku akhir.


Bola Tampar 4 Sebelah Bawah 16 Tahun Segamat


6.          15 – 17 Oktober 2012 – Pasukan Inovasi Sains SMK Pemanis ke Pertandingan Sains dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan (Akhir) untuk pemilihan mewakil Malaysia.

7.     18 – 21 Oktober 2012 – Pasukan Inovasi Sains SMK Pemanis ke Academic and Research Exhibition, Universiti Teknologi Petronas,Tronoh, Perak. Berjaya menggondol dua pingat Perak menerusi projek DEFFCell dan dHolland.


ACADREX UTP Video 1



ACADREX UTP Video 2


8.    21 Oktober 2012 Kompang Walimatul Urus adikkepada Cikgu Ana di Felda Selancar, Pahang.

9.          23 Oktober 2012 – Empat orang exco mengikuti ProgramJejak Menara PIBG SMK Pemanis ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Wisma Felda dan Petrosains KLCC.


Program Jejak Menara PIBG SMK Pemanis ke UPM, Wisma Felda dan Petrosains KLCC

10.       26 Oktober 2012 – Mengadakan Program IbadahKorban Perdana Sumbangan Ahli Parlimen Sekijang, YB Datuk Haji Baharum  Mohamed. Sebanyak dua ekor lembu dikorbankan di Masjid Felda Pemanis Dua dengan kerjasama Cawangan Felda Pemanis Dua dan Jawatankuasa Tadbir Masjid Felda Pemanis Dua.


Program Ibadah Korban Sumbangan Ahli Parlimen Sekijang


11.       27 Oktober 2012 – Selamat Ulang Tahun G2!

12.       28 Oktober 2012 – Media rasmi pertama yang mengumumkan dan membuat liputan Majlis Pernikahan Sdra Mohd Ariff Admon di Melaka.



Aktiviti Lain Yang Tetap Diteruskan
1.    Latihan Bola Sepak dan Futsal bagi U15 dan U18
2.    Latihan Bola Tampar
3.    Latihan Kompang

# Selamat tinggal Oktober 2012. Teruskan dengan kepelbagaian dalam bulan November 2012 pula


Sabtu, 27 Oktober 2012

[50] - Korban Perdana Parlimen Sekijang Aidil Adha 1433H / 2012M

Ahli Parlimen Sekijang YB Datuk Haji Baharum Mohamed telah mengadakan Program Ibadah Korban seluruh masjid dalam kawasan Parlimen Sekijang. Ia melibatkan 20 buah masjid dengan setiap masjid diberikan peruntukkan 2 ekor lembu. Jumlah keseluruhan 40 ekor.


Di Felda Pemanis, dua ekor lembu sumbangan YB Datuk Haji Baharum juga telah diberikan kepada Masjid Felda Pemanis Satu dan Masjid Felda Pemanis Dua.

Ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis bersama - sama Jawatankuasa Masjid Felda Pemanis Dua dan Cawangan Felda Pemanis Dua telah sama - sama 'mengerjakan' lembu tersebut di Masjid Felda Pemanis Dua.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program ibadah korban yang serba ringkas ini. Namun begitu, ia mempunyai siginifikasi yang cukup besar.

Gambar - gambar program boleh dilihat di sini : Ibadah Korban Lembu Sumbangan Ahli Parlimen Sekijang 2012







Manakala berikut pula adalah videonya :



[100:G2] - Korban Perdana Parlimen Sekijang 2012 - Masjid Felda Pemanis Dua
# Video ini, kebetulan, adalah video ke - 100 dalam koleksi TV G2 Pemanis Youtube.

Jika mahu mengimbas kembali, berikut pula adalah video ibadah korban yang sama pada tahun sebelumnya iaitu 2011.



Korban Perdana Parlimen Sekijang 2011- Surau Felda Pemanis Dua
# Video ini mencatat jumlah tontotan tertinggi (setakat blog ini ditulis) untuk semua koleksi video diawamkan oleh G2.


Semoga ibadah korban yang kita lakukan pahalanya sampai dari Allah untuk kita semua. Amin.

Sabtu, 13 Oktober 2012

[49] : Karya - Sentuhan "Flyers" Kecil

Hasil Karya : Mohd Rashid Admon, UTM, 11 Oktober 2012


pada asalnya sebuah flyers kecil..
terkandung mesej yang ringkas dan bermakna..
terasa hati disapa mesra. 

terlihat kekosongan di belakang kertas itu..
terasa diri untuk mengisi kekosongan yang ada..

tanpa diduga hasilnya seperti itu..

diselimutkan indah
oleh lapisan lutsinar
supaya tegar dalam setiap keadaan
dan akhirnya
kehadirannya pergi berkalungkan
tautan ukhuwah yang bermakna

diberikan kepada seorang ikhwah~
sebagai kenangan
bukan hanya untuk "ana" dan "enta"
malah untuk "antum".

tidak terfikir sejauh ini
perjalanan flyers kecil ini
yang kini sebagai simbol ikatan
dalam keikhlasan sebuah doa

mungkin ini hikmahnya
dengan tujuan yang utama
dan sandaran kepada yang pertama.

Andai hilang,

ianya memang sudah ditakdirkan.
dan relakan ianya pergi

Semoga masih kekal sehingga hari ini.
^-^

Rabu, 10 Oktober 2012

Cerita Pemilihan Ke Cardiff City, UK

Segalanya bermula pada malam sebelumnya. Apabila sumber memberitahu bahawa esoknya, Akademi Bola Sepak Felda akan melaksanakan sesi pemilihan pemain remaja (bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun) bagi diterbangkan ke Cardiff City, UK untuk menjalani latihan bersama kelab bola sepak itu.

Maka bermulalah pengaturan. Malam itu juga membuat keputusan untuk pergi ke sesi pemilihan. Terus menelefon pihak Akademi, mujurlah diberikan jawapan yang positif. Meminta keizinan dari ibu bapa dan keluarga remaja yang hendak dibawa, iaitu Badrul Halim Katimin, dari Felda Pemanis Satu. Seorang lagi, Muhd Hilmi Abd Rahman (dari Felda Pemanis Dua) sudah pun berada di Akademi, kerana beliau salah seorang pelajar Akademik.

Jadi, dua peserta dari Felda Pemanis. Seorang yang dibawa dari sini dan seorang lagi menunggu di Akademi.

Mulalah juga memikirkan catuan mengenai kos. Dua hari satu malam.

Jumaat, 5 Oktober 2012, selepas selesai solat Jumaat, kami pun bertolak. Tiga orang. Pengerusi, Penyelaras G2 dan Badrul Halim. Terus ke Kuantan, Pahang. Belum sempat makan apa - apa pun sejak pagi. Kelaparan. (# Hanya dapat menjamah makan pada jam 8.00 malam). Perlu sampai ke Sri Semai Bakti Kuantan sebelum jam 6 petang untuk pendaftaran. Dengan keadaan tak tahu di mana lokasi!

Sampai di Sri Semai Bakti. Disambut oleh Datuk Azmi, Encik Mokhtar selaku Pengurus Asrama dan Coach Nasir. Isi borang. Berbual - bual seketika dengan semua. (#Transkrip perbualan tak boleh dimasukan di sini. Kena jumpa Sdra Hanafie Hasim sendiri kalau nak tahu).

Kemudian, Datuk Azmi memberikan taklimat kepada semua peserta yang menjalani latihan. Kami (dua orang pengiring), menikmati minum petang bersama Datuk Azmi. Selesai taklimat, semua peserta menikmati makan malam. Sempat juga kami berbual - bual dengan mereka.


Keluar dari Sri Semai Bakti jam 7.30 malam. Badrul Halim tinggal di situ malam ini. Kami mencari tempat untuk solat, kemudian untuk makan. Tiga stesyen minyak yang disinggahi, semuanya tidak ada surau. Akhirnya, ada juga di Petronas. Pakej sekali dengan berdekatan warung makan.

Semasa makan, masing - masing sibuk dengan urusan. Dengan pelbagai perkara dan check and balance yang hendak dilakukan. Masuk semula Sri Semai Bakti jam 10.00 malam, membawa bekal makanan untuk Ikmal, Emi, Syafiq dan Badrul.

Kemudian, tidur di kediaman emak saudara Hanafie, di Sungai Isap, Kuantan. Sampai di situ lebih kurang jam 11.30 malam. Selepas solat, tidur ... kepenatan.

Jam 8.30 pagi Sabtu, 6 Oktober 2012, sudah berada di SMK Pelindung, Beserah. Terima kasih kepada peta yang datang sekali dengan perisian iOS Apple kerana memberikan panduan dan suara arahan sama macam menggunakan GPS.

Melihat mereka menjalani sesi pemilihan. Jurulatih dari Cardiff City pun hadir. Tiba - tiba, salah seorang peserta terkena gigitan serangga. Entah dari mana datangnya. Mujurlah kami ada bawa bekalan perubatan dalam kotak 'First Aid'. Beri pada Coach Hamzah, dia kemudian menguruskan peserta itu dan dihantar ke klinik setelah menerima rawatan awal.

Tak banyak bercakap dan mengulas ketika sesi pemilihan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada beberapa perkara yang mereka kena lakukan. Akhir sekali, tentulah kena bermain bola menentang kumpulan - kumpulan yang telah diciptakan tadi.

Pemilihan tamat lebih kurang jam 11.00 pagi dengan pengumuman peserta yang terpilih. Emi berada dalam 5 simpanan yang akan ke UK. Badrul Halim gagal. Namun ia satu pengalaman. Hanafie Hasim banyak memberikan ulasan. Tapi sebahagian sudah kena potong. Lihat rakaman video ini.

Tamat dan terus balik ke Segamat. Bertolak dari SMK Pelindung lebih kurang jam 11.30 pagi. Bergegas kerana mahu memberikan sokongan kepada skuad adik - adik SMK Pemanis (yang juga sebahagian besarnya adalah dari G2) yang akan berjuang untuk Hoki U16 pula. (# Mereka dapat tempat ke - 3, tahniah semua!)


# Tahniah kepada adik - adik yang terpilih. Selamat terbang ke UK. Manfaatkan segala kos, perbelanjaan, pengorbanan, pengalaman dan peluang yang datang ini. Dengan hanya main bola dan buat dengan bersungguh, fokus, tekun, disiplin dan tanpa emosi terasa sini sana pun, dapat terbang jauh juga, kan?

# Kalau nak tengok lagi banyak gambar, ada di sini. Klik Cerita Pemilihan ke Cardiff City, UK.

# Dan di bawah ini pula adalah videonya. Kami siarkan di Saluran TV G2 Pemanis YouTube.






Isnin, 8 Oktober 2012

RAWKS - Rashid Admon's Well - Kept Secrets

Sdra Rashid Admon, pelajar terbaik SPM 2010 SMK Pemanis telah sudi untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau menerusi 3 episod video motivasi, panduan belajar dan tips peperiksaan.

Tiga video ini disiarkan di Saluran G2 Pemanis YouTube dan Facebook Belia Felda Pemanis pada 3, 5 dan 7 Oktober 2012 yang lalu. Beliau kini menuntut di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Sains (Matematik).

Semoga ia akan menjadi panduan kepada semua adik - adik dan rakan - rakan yang bakal berjuang di dalam peperiksaan.

Jom kita tonton apakah yang disampaikan oleh Rashid menerusi RAWKS ini.


RAWKS Episod 1 : Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar



RAWKS Episod 2 : Ilmu Yang Bermanfaat



RAWKS Episod 3 : Menghadapi Peperiksaan

Terima kasih kepada Rashid yang sudi berkongsi. Semoga pada masa - masa akan datang, kita akan dapat bekerjasama lagi. Jika ada rakan - rakan yang sudi untuk berkongsi pengalaman dan panduan, janganlah segan silu. Hubungi kami menerusi Facebook Belia Felda Pemanis.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Futsal 1Belia 1Malaysia 2012

Dua hari berturut dengan pengurusan dan penganjuran Futsal 1Belia 1Malaysia. 

Bermula dengan Sabtu, 29 September 2012 untuk Futsal 1Belia 1Malaysia Peringkat Parlimen Sekijang (Kategori Lelaki) yang disertai oleh 32 pasukan. Telah berlansung dengan jayanya di Futsal Triangle, Taman Yayasan, Segamat. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sekali lagi, untuk tahun ke 3 berturut, menjadi Sekretariat Penganjuran kepada kejohanan ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakannya : pasukan yang bertanding dan barisan urusetia pengurusan dan urusetia teknikal yang memberikan komitmen tidak berbelah bagi.

Kemudian, esoknya pula pada Ahad, 30 September 2012, di tempat yang sama, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis bertindak sebagai urusetia pengurusan dan teknikal untuk edisi wanita pula. Kali ini cuma 8 pasukan bertanding. Tidaklah rasa terbeban sangat.

Tentunya penghargaan tertinggi diberikan kepada dua pihak. Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan YB Datuk Haji Baharum Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang, di atas kepercayaan yang telah diberikan.

Khabarnya, mengikut tentatif, kejohanan Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 16 - 18 November 2012 di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya. Sama seperti tahun sebelumnya.

Barisan urusetia (Edisi Lelaki) yang amat dedikasi : Mizam Rahim (Penyelaras Projek), Hanafie Hasim (Penolong Penyelaras Projek / Ketua Unit Promosi), Azizi Abd Rahim (Setiausaha), Mohd Helmi Rohani (Bendahari), Mohd Nasrul Dol Gapar (Ketua Unit Perubatan bersama anggota JPAM), As - Syifa' Daim, Zainornatikah Abu Talib dan Mohd Firdaus Zainal dan Mohd Idham Jalak.

Barisan urusetia (Edisi Wanita) yang amat dedikasi : Mizam Rahim, Mohd Syawal Baharudin, Mohd Firuddin Rahmat, Mohd Nur Aiman Yaacob dan Mohd Hafizan Samah.

Gambar - gambar ada di sini :




Manakala ini pula videonya :


Video 1 : Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen Sekijang 2012 - Lelaki



                                Video 2 : Futsal 1Belia 1Malaysia Daerah Segamat 2012 - Wanita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...