Jumaat, 23 Mei 2014

[100] Sambutan Hari Guru SMK Pemanis 2014

Berikut adalah beberapa keping gambar dan video Sambutan Hari Guru SMK LKTP Pemanis yang telah diadakan pada Isnin, 19 Mei 2014.

Gambar penuh di sini : Sambutan Hari Guru SMK Pemanis
















Khamis, 22 Mei 2014

[99] Terima Kasih ROY

MYKD G2 : Setelah lebih dari 3 bulan (dari tarikh hantar 5 Februari 2014) dan membuat sekali songsongan, akhirnya Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima surat pengesahan Pengakuterimaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dengan LENGKAP berdasarkan Seksyen 22, Akta 668 (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007). Surat pengakuterimaan ini adalah amat penting kerana ia dokumen sah sebagai bukti bahawa Laporan Tahunan 2013 Persatuan telah dihantar (setelah disahkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan) dan diterima oleh Kerajaan menerusi Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Terima Kasih ROY!




Segalanya bermula dengan kronologi ini : 

Selasa, 4 Februari 2014, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Putrajaya
SEKSYEN 22, Akta 668 : Akta Petubuhan Belia dan Pembangunan Belia mewajibkan semua Persatuan Belia Berdaftar di Malaysia untuk menyerahkan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar. Alhamdulillah, pada jam 02.15 petang Selasa, 4 Februari 2014,  MYKD Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah diserahkan terus dengan serahan tangan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Putrajaya. Salinannya semalam juga diserah kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.



Jumaat, 2 Mei 2014
EMAIL KE ROY : Setelah 3 bulan berlalu, G2 masih belum dapat surat Pengakuan Terima MYKD Dengan Lengkap dari ROY walaupun MYKD telah dihantar pada 4 Februari 2014 yang lalu dan diterima secara serahan tangan. Justeru, sekeping email pertanyaan status pagi ini melayang kepada Ketua Penolong Pengarah (Pendaftaran), Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia.


Isnin, 5 Mei 2014
Berikut adalah email jawapan dari Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Tuan Haji Roslan Saad



Kemudian, Encik Munawar Shahfri (Penolong Pendaftar) telah menelefon dan meminta maklumat untuk dibuat semakan. Email asal aduan beserta gambar juga telah diberi kepada beliau untuk memudahkan semakan.

Selasa, 20 Mei 2014
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima menerusi pos surat Pengakuterimaan Dokumen MYKD Dengan Lengkap. Jika ditinjau dari segi jumlah masa bekerja, keseluruhan proses aduan ini selesai dalam masa kurang 14 hari. Terima kasih Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia kerana melayan aduan kami dari sebuah Persatuan Belia dan menyelesaikannya. 

Sesungguhnya semua Persatuan Belia sewajarnya menjalinkan hubungan yang erat dengan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Bukan sekadar Jabatan Belia dan Sukan sahaja, namun juga termasuk Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Ahad, 4 Mei 2014

[98] Rangkuman Aktiviti Bulan April 2014


Sepanjang bulan April 2014, pelbagai aktiviti telah dianjurkan mahupun disertai oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Rangkuman ini kami ringkaskan dalam video dan pautan gambar.

Koleksi Gambar : Instagram G2 dengan nama : beliag2pemanis


1. Bola Tampar MSSD Segamat (1 - 2 April 2014)
SUKAN : Bola Tampar MSSD Segamat 2014 dengan SMK Pemanis sebagai tuan rumah. Tahniah kepada pasukan lelaki SMK Pemanis yang muncul Naib Johan. SMK Pemanis kalah di perlawanan akhir dengan SMK Buloh Kasap dengan mata 10 - 25, 21 - 25. Sebelum itu, melangkah ke separuh akhir setelah membenamkan SMK Paduka Tuan di suku akhir dengan mata 25 - 20, 25 - 16. Manakala menang di separuh akhir dengan membenamkan SMK Jementah dengan 26 - 24, 25 - 22. Tahniah juga untuk pasukan wanita yang telah berusaha dengan gigih. Tahniah dan terima kasih semua. Terima kasih juga kepada abang - abang G2 yang terlibat dalam kejurulatihan dan pengurusan Pasukan Bola Tampar SMK Pemanis, terutamanya kepada Ashraff Husin, Mohd Syawal Baharudin dan Khalid Abu Talib.

Gambar Hari Pertama : Klik Di Sini
Gambar Hari Kedua : Klik Di Sini




2. Anugerah Harta Intelek Zon Selatan (1 April 2014)
INOVASI SAINS : Pasukan Penyelidikan Saintifik dan Inovasi SMK Pemanis menerusi projek dHolland telah berjaya mewakili Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) untuk ke Peringkat Kebangsaan dalam Anugerah Harta Intelek Negara Zon Selatan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 12 projek bersaing di Peringkat Zon Selatan. Sesi pembentangan secara tertutup dan dirakam telah diadakan pada Selasa, 1 April 2014 di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sesi penjurian Kebangsaan akan dilaksanakan pada 10 April 2014 menerusi rakaman video pembentangan dan dokumentasi lain. Sebanyak tiga projek dari Zon Selatan telah terpilih. Kesemuanya 18 projek dari 6 zon seluruh Malaysia akan bersaing sebagai finalis Kebangsaan. Pojek Inovasi Sains adalah dengan kerjasama dan konsultasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis

Gambar : Klik Di Sini





3. Ekspedisi G2 Brogra Hill (5 April 2014)
REKREASI : Sampai di puncak pada jam 5.15 pagi. Ekspedisi G2 Siri 1, 2014 mengambil tempat di Broga Hills, Semenyih, Selangor pada Sabtu, 5 April 2014. Seramai 11 orang terdiri dari Unit Fasilitator dan Kejurulatihan G2 dan pelajar German Malaysia Institute (GMI) menyempurnakan program ini. Kami telah bersama di sepanjang program.

Gambar : Klik Di Sini




4. Lawatan ke Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Tengah (5 April 2014)
PENDIDIKAN :Setiap tahun, Jabatan Pengajian Tinggi (dahulunya Kemeterian Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan siri jelajah Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN). Kali ini, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis mengambil kesempatan untuk meninjau apakah yang ada di KPTN 2014 Zon 3 - Tengah bertempat di Universiti Putra Malaysia. Sistem, pilihan dan peluang pengajian tinggi untuk lepasan SPM dan STPM sentiasa dinamik dan berubah, justeru setiap tahun beberapa maklumat baru dan tambahan perlu diketahui.

Gambar : Klik Di Sini



5. Bengkel Matematik Tambahan G2 Siri 4 (6 - 9 April 2014)
PENDIDIKAN : ALHAMDULILLAH. Tamat sudah Bengkel Matematik Tambahan G2 Siri 4, 2014 yang berlansung untuk 4 malam sempena cuti pertengahan semester pelajar Ijazah Sarjanamuda. Berlangsung dari 6 - 9 April 2014. Terima kasih kepada fasilitator : Mohd Shukri (UTHM, Ketua), Noramin Apandi (UTHM), Syahrif Azhar Jaafar (UTHM), Arifin Samad (UTeM) dan Mohd Firdaus Zainal Abidin (UMT). Setinggi penghargaan untuk Encik Mohd Iftitah Ishak (Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Satu) di atas simbiosis yang bermakna ini. Terima kasih kepada adik - adik peserta. Semoga kita dapat jumpa lagi bulan Julai / Ramadhan untuk Siri 5 pula. Projek Bengkel Matematik Tambahan G2 adalah projek tahunan G2 yang dilaksanakan dua kali setahun.

Gambar Hari Pertama : Klik Di Sini
Gambar Hari Kedua : Klik Di Sini
Gambar Hari Ketiga : Klik Di Sini
Gambar Hari Keempat : Klik Di Sini







6. Karnival Sukan DUN Pemanis (12 April 2014)
SUKAN : Dari Gugusan Felda Pemanis, sebanyak 4 pasukan telah dihantar bagi menyertai Karnival Sukan DUN Pemanis - Futsal yang berlansung pada Sabtu, 12 April 2014 bertempat di Gelanggang Futsal 1Malaysia Kg Bumbun. 4 pasukan adalah : Rottor A dan Rottor B, (mewakili MBFM Felda Pemanis Satu) dan FCG2 A dan FCG2 B (mewakili Persatuan Belia G2 Felda Pemanis). Dari 4 pasukan tersebut, 3 telah ke peringkat separuh akhir. Johan : Rottor B, Naib Johan : Bumbun FC B. Ketiga : Roottor A. Keempat : FCG2 A. Pasukan yang menjadi Johan akan mewakili DUN ke Peringkat Negeri. Acara Futsal telah diselaraskan oleh Encik Iftitah Ishak (Felda Pemanis Satu) dan dibantu Encik Mohd Syawal Baharudin (Felda Pemanis Dua). Terima kasih dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding.
# Karnival Sukan DUN Pemanis juga merangkumi acara lain iaitu Bola Jaring dan Sepak Takraw.

Gambar : Klik Di Sini




7. Pengurusan Pasukan Bola Sepak L18 (12 April 2014)
SUKAN : Jurulatih pasukan bola sepak L18 SMK Pemanis, Firuddin Rahmat malam ini mengadakan mesyuarat dan taklimat akhir kepada semua pemain bola sepak sebelum perlawanan MSSD Segamat bermula Isnin ini. Turut hadir adalah Mohd Syawal Baharudin, Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi yang juga Naib Pengerusi Persatuan.



8. Pengurusan Program Pengenalan Perkhemahan (12 April 2014)
PENGURUSAN : Naib Pengerusi Saudara Mohd Syawal Baharudin telah menandatangani Surat Setuju Terima perlaksanaan Program Kursus Asas Pengenalan Perkhemahan ( Introduction to Camping) di bawah peruntukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program dijadualkan akan berlansung semasa cuti sekolah bulan Mei / Jun ini dilokasi yang akan ditetapkan. Ia disaksikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat (Unit Sukan) dan Pemegang Amanah 1 Persatuan Belia G2 Felda Pemanis Sdra Abdul Salihul Halim Haji Wagiman. Butiran lanjut program bakal menyusul.


9. Bola Sepak L18 MSSD Segamat (12 - 13 April 2014)
SUKAN : Ledakan satu gol saat - saat akhir oleh SMA Khairiah telah meleburkan harapan SMK Pemanis untuk ke suku akhir. Tewas 0 - 1. Johan dari 5 kumpulan dan 3 Naib Johan terbaik ke suku akhir. SMP hanya perlukan seri perlawanan akhir kumpulan untuk layak. # Terima kasih kepada semua yang bersama - sama berjuang!  Perlawanan pertama SMK Pemanis adalah bertemu SMK Seg Hwa,  menang 5 - 0. Gol - gol telah dijaringkan oleh Rifqi, Azrul Azizi (2 gol), Hamidan Fauzi dan Badd Atoqtoq. Perlawanan kedua antara SMK Pemanis dan SMK Bandar Putra (Tuan Rumah) berkesudahan dengan seri 0 - 0. Terima kasih kepada Jurulatih dari G2 iaitu Mohd Firuddin Rahmat dan Mohd Syawal Baharudin.







10. Bengkel Grafik Inovasi Sains Untuk Kelab Inovasi dan Kreativiti SMK Seri Kenangan (16 April 2014)
TEKNOLOGI MAKLUMAT : Rabu 16 April 2014 dari jam 03.00 - 05.30 petang, Unit ICT Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengendalikan bengkel khas grafik untuk adik - adik pelajar Kelab Inovasi dan Kreativiti SMK Seri Kenangan menerusi aktiviti kokurikulum petang Rabu. Seramai 20 orang ahli kelab terdiri dari pelajar Tingkatan 2 dan 4 telah menyertai. Elemen grafik adalah salah satu komponen asas kreativiti. 

Gambar : Klik Di Sini 




11. Koleksi Video Kawad Kaki
Berikut adalah dua video kawad kaki yang dirakam oleh adik - adik pelajar SMK Pemanis bagi disiarkan di Saluran YouTube G2 Pemanis.






12. Majlis Reunion dan Penghargaan Kelab Inovasi Sains (18 April 2014)
Majlis Reunion kumpulan lama dan baru Kelab Inovasi Sains SMP bersama Tuan Haji Muzaffar telah diadakan di Marry Brown Segamat. Ia juga sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan beliau yang telah bersama - sama membangunkan kerja - kerja Inovasi. Terima kasih kepada semua 21 orang yang dapat menghadirikan diri ke majlis ini. 

Gambar : Klik Di Sini



13. Pengurusan Geran Pengurusan dan Aktiviti Program Remaja Perdana Rakan Muda (22 April 2014)
RAKAN MUDA : Selesai menyiapkan dan menghantar dokumen - dokumen untuk Pemberian Geran Bantuan Pengurusan dan Aktiviti 2014 bagi Badan Operasi Program Remaja Perdana Rakan Muda, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Terima kasih diucapkan. Jua terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas sokongan ini.



14. Futsal 1Malaysia Daerah Segamat (26 April 2014)
SUKAN : Berlansung Futsal 1Malaysia Daerah Segamat. Ia diadakan di Gelanggang Futsal Segamat (belakang Shell) bagi merebut Piala Ketua UMNO Bahagian Segamat. Program adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama UMNO Bahagian Segamat. Khabarnya, 35 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita mengambil bahagian. G2 menghantar dua pasukan, FCG2 A dan FCG2 B, tetapi kedua - duanya kandas di peringkat kumpulan.

Gambar : Klik Di Sini





15. Selamat Bersara Puan Liew
35 tahun berkhidmat semenjak 1979, hari ini 30 April 2014 Puan Liew Poh Fong bersara pilihan dari Kementerian Belia dan Sukan. Seorang Pegawai yang mesra, banyak membantu, memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar kepada semua Persatuan Belia khususnya dalam Daerah Segamat. G2 terhutang budi kepada luhur dan keikhlasan Puan Liew dalam membantu membangunkan Persatuan. Selamat Bersara dan Terima Kasih Puan Liew Poh Fong.




16. Pengurusan Lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi Untuk Pengajian Tinggi
PENDIDIKAN : Membantu para pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi dengan hebahan maklumat untuk pengajian tinggi. Juga menguruskan permohonan, semakan penempatan dan rayuan kemasukan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dimainkan oleh Persatuan sejak penubuhannya lagi. Lebih 20 orang diuruskan oleh Persatuan untuk kali ini.

Semoga berjaya adik - adik yang akan menyambung pengajian. Jadilah anak yang cemerlang!




17. Ulang Tahun Ke - 2 Saluran YouTube G2 Pemanis (27 April 2014)
TEKNOLOGI MAKLUMAT : Saluran YouTube G2 Pemanis menyambut Ulang Tahun ke - 2 pada 27 April 2014. Selama dua tahun ia beroperasi, lebih 300 klip video telah diproduksikan. Saluran ini mempunyai matlamat sebagai arkib rakaman sejarah, merekod aktiviti dan bahan komunikasi penerangan kepada awam berkaitan terutamanya hal ehwal Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. 




# Semoga kita semua lebih positif dan produktif di bulan - bulan akan datang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...