Ahad, 13 Julai 2014

[102] Bengkel Matematik Tambahan G2 Siri 5, 2014

Bengkel Matematik Tambahan G2 merupakan salah satu 'signiture programme' Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Ia mula diperkenalkan menerusi Siri 1 yang diadakan pada 4 - 6 Jun 2012 dengan sokongan dan kerjasama PIBG SMK Pemanis ketika itu di bawah pimpinan Allahyarham Encik Musa Sadin.


Siri 1, 2012 yang diadakan sebagai permulaan projek.


Kini, ia telah memasuki siri ke - 5. Sepanjang perlaksanaan 5 siri, berikut adalah butiran siri, tarikh dan barisan fasilitator yang bersama - sama menjayakan program :




G2 merakamkan setinggi - tinggi penghargaan untuk enam orang sukarelawan fasilitator Bengkel Matematik Tambahan G2 Siri 5, 2014 yang menjadi jantung dan nadi menjayakan program. Dari atas kiri : Rashid Admon (Sains Matematik, UTM), Sarina Atiqa Mskin ( Kejuruteraan Aero Angkasa, UPM), Mohd Shukri Hasan (Kejuruteraan Elektrik, UTHM), Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin (Sains Biodiversiti, UMT), Mohd Arifin Samad (Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, UTeM) dan Ahmad Nur Hadi Mashod (Kejuruteraan Elektrik Kuasa, UNITEN). Semoga segala jasa bakti dirahmati Allah. Terima kasih!

Setelah memasuki Siri ke - 5, G2 mengumpulkan bahan menerusi Modul Ver 1.0 : Soalan dan Skema Jawapan yang akan digunakan sebagai panduan. Ia adalah hasil kerjasama pemurnian semua fasilitator sejak Siri 1 lagi.

Bengkel Siri 5 ini telah diadakan menerusi 7 sesi selama 3 hari. Ia dipecahkan kepada kumpulan - kumpulan kecil para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang mengambil subjek Matematik Tambahan.

Kemudian, program disudahi dengan ujian, sesi sintesis (post mortem), penyampaian sijil, penyampaian cenderahati untuk semua peserta / sukarelawan, tahlil ringkas untk Gaza / Palestin dan ditutup dengan Majlis Berbuka Puasa. G2 mengucapkan terima kasih kepada semua khususnya Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Satu (Encik Ifititah Ishak), para sukarelawan fasilitator (Rashid Admon, Sarina Atiqa, Mohd Shukri Hasan, Mohd Firdaus Zainal Abidin, Arifin Samad dan Ahmad Nur Hadi), Cikgu Khanafi Yunus, adik - adik peserta dan semua sukarelawan. 






Berikut adalah pautan untuk koleksi gambar program di Facebook Belia Felda Pemanis :


Manakala, berikut pula adalah koleksi rakaman video program berkenaan, yang disiarkan di Laman YouTube G2 Pemanis.






Sekali lagi, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang bersama - sama menjayakan perlaksanaan Bengkel Matematik Tambahan G2 Siri 5, 2014 ini. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan saudara dan saudari amatlah berharga. Terima kasih!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...