Selasa, 30 September 2014

[109] Video ke 400 dan 5 Tahun Facebook Belia Felda Pemanis

Hari ini, Selasa 30 September 2014. Ada dua perkara yang amat signifikan. 

Pertama, G2 menerbitkan semula sebuah karya video yang digunakan sebagai montaj di dalam program - programnya pada tahun 2004 dahulu. Berusia dalam simpanan selama 10 tahun dari 2004 - 2014. Video klasik ini banyak menjadi kenangan dan menceritakan apa yang berlaku 10 tahun dahulu.

Alfatihah untuk rakan - rakan yang telah pergi dahulu menghadap Illahi. Terima kasih kepada semua rakan - rakan seperjuangan yang mendedikasikan hidup untuk pembangunan sebuah gerakan sukarela belia.


Video ini, dan juga semua ratusan video yang lain boleh diakses di Saluran YouTube G2.

Kedua, pada tarikh ini juga, 5 tahun lepas iaitu pada 30 September 2009, akaun Facebook Belia Felda Pemanis yang dimiliki oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dimulakan dalam bulan Ramadhan. Memulakan jelajah media sosial sebagai alternatif baru medium komunikasi Generasi Y dan Z. Bersesuaian dengan perubahan zaman. Usia Facebook ini lebih tua hampir sebulan secara rasmi berbanding usia Persatuan. Rakan pertama menjadi ahli adalah Sdra Abdul Salihul Halim Wagiman. Unit Komunikasi, ICT dan Media Baru dengan ini juga ditubuhkan. Ia merupakan entiti tertua di dalam organisasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.


Sebagai komemoratif, mari kita imbas kembali sebahagian besar (walaupun tidak semua, kerana ada yang tidak dapat diselamatkan) iaitu 70 keping 'Cover' Foto yang pernah digunakan oleh Facebook Belia Felda Pemanis. Ia menceritakan kebanyakkannya peristiwa dan program yang dilalui oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.







































































Bravo G2!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...