Sabtu, 30 Mei 2015

[151] Bengkel Dokumentasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Siri 1 / 2015

Aktiviti musim cuti pertengahan sekolah 2015 dimulakan dengan mengadakan Bengkel Dokumentasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) G2 Siri 1 / 2015. Kali ini, bengkel telah diadakan pada Jumaat, 29 Mei 2015 bermula jam 09.00 pagi - 12.00 tengah hari dan bersambung pada 02.30 - 05.30 petang bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua.

Bengkel Dokumentasi ARPRM G2 merupakan acara tahunan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan matlamat seperti berikut :

1. Membimbing para peserta ARPRM G2 untuk menyusun dan mendokumentasikan segala aktiviti yang telah dilaksanakan menerusi 4 komponen ARPRM secara sistematik dan terancang.

2. Menyemak dan memperbetulkan segala kesalahan dokumentasi yang dilakukan oleh para peserta ARPRM G2.

3. Mengesahkan proses dokumentasi para peserta ARPRM G2 untuk layak ditauliahkan pingat sama ada pada Tahap Gangsa atau Tahap Perak.

Bengkel ini adalah untuk para peserta program ARPRM G2 yang berada pada Tahap Perak dan Gangsa. Menereka dikenhendaki melengkapkan Diari ARPRM yang dibekalkan dengan sempurna mengikut jenis aktiviti, jumlah bulan dan jumlah jam yang terlibart. Terdapat 4 komponen aktiviti yang harus dilengkapkan oleh seorang peserta ARPRM pada Tahap Perak dan Gangsa. Komponen tersebut adalah : Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jejalah Lasak.




Para peserta Tahap Emas telah dilantik sebagai Fasilitator membimbing proses pendokumentasian aktiviti ini dengan penyelarasan oleh Mentor. Semua para peserta bengkel juga menerima sehelai baju aktiviti Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang baru. Kali terakhir G2 memberi baju aktiviti adalah pada tahun 2012.



MEMPERKENALKAN ... Baju rasmi kegiatan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis untuk Edisi 2015. Akan mula diagihkan dan digunakan esok (Jumaat, 29 Mei 2015) di dalam Bengkel Dokumentasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Diberikan kepada semua peserta ARPRM G2 yang berjaya menyiapkan dokumentasi Tahap Perak dan Gangsa, kepada semua peserta Tahap Emas, Pegawai dan Ahli Jawatankuasa, Sukarelawan dan Aktivis Belia berjumlah 150 orang. Didatangkan dalam dua versi - lengan pendek dan panjang. Bravo G2!
Pada akhirnya, para peserta akan dapat menyempurnakan proses merekod aktiviti dengan baik berdasarkan piawaian yang ditetapkan. Tahniah untuk semua yang berjaya menyempurnakan perekodan aktiviti.



Gambar - gambar penuh ada di FB Belia Felda Pemanis, atau terus ke album gambar di pautan berikut :

1. Bengkel Dokumentasi ARPRM G2 Siri 1 / 2015 - Sesi Pagi
2. Bengkel Dokumentasi ARPRM G2 Siri 1 / 2015 - Sesi Petang

Boleh juga kunjungi Instagram G2.

Berikut adalah antara rakaman video Bengkel Dokumentasi ARPRM G2 Siri 1 / 2015 yang sempat dibuat oleh krew G2.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...