Khamis, 26 November 2015

[181] Pengiktirafan Penarafan Lima Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia 2015

Sijil Pengiktirafan Penarafan Lima Bintang
Untuk Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Alhamdulillah. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima Pengiktirafan Penarafan 5 Bintang Sistem Star Rating Pertubuhan Belia Malaysia. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Penarafan 5 Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia yang diadakan sempena Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang II Penggal 30 pada Rabu, 25 November 2015 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan salah satu dari 77 buah NGO Belia seluruh Malaysia yang menerima pengiktirafan ini, berupa sijil dan intensif kewangan RM 2,000. Turut sama YB KJ adalah YB Timbalan Menteri dan Datuk Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. 

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), seluruh pegawai KBS dan terutamanya ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis di atas pencapaian ini.





Utusan Malaysia, Khamis 26 November 2015, Halaman 9
Sebelum itu, pada 24 November 2015, G2 telah melalui proses sesi penilaian. Pegawai Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan yang berpangkalan di Melaka, Encik Nik telah menilai G2 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Lima orang mewakili G2 hadir dalam sesi penilaian tersebut. 



Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadikan seluruh warga G2 lebih bersemangat lagi dalam berorganisasi secara teratur, sistematik, telus dan amanah. Tahniah G2!

Rabu, 18 November 2015

[180] Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas Siri 2, 2015 - Konservasi Dalam Komuniti


Projek Penempatan adalah salah sebuah komponen wajib untuk setiap peserta Anugerah Remaja Perdana tahap Emas di samping komponen Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Ianya perlu dilengkapkan dalam tempoh tidak kurang dari 5 hari / 4 malam berturut-turut. Pemilihan tempat pula adalah diluar kebiasaan, ianya mestilah jauh dari tempat yang selesa/berhampiran. Projek penempatan ini disokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan – tetapi setiap peserta hendaklah mencari atau menggunakan dana sendiri untuk melaksanakan projek ini dengan menggunakan kreativiti dan cara perlaksanaan masing-masing. 

Justeru, peserta Tahap Emas ARPRM G2 telah melaksanakan Projek Penempatan Siri 2, 2015 ini pada 11 - 15 November 2015 di Melaka Zoo and Night Safari. Ia membawa tajuk Konservasi Dalam Komuniti : Penghayatan, Pendekatan dan Pendokumentasian. Projek ini disertai oleh 4 orang peserta iaitu : Mohd Nur Ashraff Husin (Ketua), Mohd Hasni Zaini (Setiausaha), Mohd Azhari Imran (Bendahari) dan Suria binti Sipon. Program dipantau oleh Pegawai Rakan Muda Daerah Segamat, Encik Ibrahim Bujang, Mentor ARPRM G2 Encik Mizam dan tiga orang Ahli Panel Penilai Dalaman Program iaitu Encik Azizi Abd Rahim (Ketua), Encik Raziman Joraimi dan Encik Mohd Iftitah Ishak.

Sebelum itu, saksikan video montaj iklan Sukarelawan Zoo Melaka yang dibuat oleh para peserta Projek Penempatan ARPRM G2 Tahap Emas Siri 2 ini :


Program ini mempunyai matlamat yang berikut :
  • Melaksanakan program khidmat masyarakat.
  • Memberi pendidikan dan kesedaran awam terhadap kepentingan haiwan (fauna) terutamanya speasis terancam.
  • Memahami elemen saintifik di sebalik konservasi fauna.
  • Mempromosi sifat kesularelawanan konservasi fauna terancam
  • Melayakkan untuk ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas
Berikut adalah jadual program sepanjang lima hari tersebut :

  • Manakala skop dan 'outcome' bagi setiap peserta program adalah seperti berikut :



Ini adalah sebahagian gambar dan vidoe Projek Penempatan tersebut. Untuk lebih banyak gambar, boleh klik pada pautan hari yang berkenaan dan terus ke album gambar di Facebook Belia Felda Pemanis.








































 Terima kasih kepada semua, terutama Melaka Zoo and Safari Night. Semoga kita berjumpa lagi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...