Sabtu, 19 Mac 2016

[192] Penyerahan Laporan Peserta ARPRM Tahap Emas - Suria Sipon dan Fazrul Razzi Abdullah

Dua lagi peserta Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah sempurna semua komponen, menyiapkan laporan dan kemudian menyerahkannya. 


Suria binti Sipon
Laporan ARPRM Tahap Emas Suria telah diserahkan pada Rabu, 9 Mac 2015. Ia telah diterima oleh Encik Ibrahim Bujang, Penolong Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda), Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Suria, 19 tahun, meruapakan wanita pertama dari Badan Operasi G2 yang menyempurnakan laporan Tahap Emas. Beliau adalah pelajar Kolej Matrikulasi Pajang (KMPh) dalam jurusan Perakaunan. Laporan itu kemudiannya telah diserahkan kepada Encik Carl Sherman, Pegawai Rakan Muda di Unit Pembangunan Potensi Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Laporan Suria telah diserahkan oleh Mentornya kerana beliau harus pulang ke KMPh bagi meneruskan pengajian.






Muhammad Fazrul Razzi bin Abdullah
Muhd Fazrul Razzi bin Abdullah telah menyerahkan Laporan Peserta Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) pada Khamis, 17 Mac 2016. Fazrul , 17 tahun, pelajar Kolej Vokasional Segamat merupakan cucu peneroka. Beliau menjadi peserta ARPRM termuda dari G2 dan Segamat yang menyempurnakan Tahap Emas. Memulakan Gangsa pada tahun 2013, Fazrul menyempurnakan 5 komponen Tahap Emas seperti berikut : Khidmat Masyarakat (Sukarelawan), Kemahiran(Asas Komputer dan Microsoft Office), Rekreasi Fizikal (Bola Tampar), Jelajah Lasak (Eksplorasi Paya Bakau Sungai Rembau - Linggi) dan Projek Penempatan (Wonders of Wildlife - Program Sukarelawan Fauna Zoo Negara Malaysia). Beliau di bawah Mentor dan Penyelia Projek Encik Armizam Abd Rahim dan Panel Penilai Dalaman Encik Mohd Iftitah Ishak. Syabas dan tahniah di atas penyerahan laporan akhir yang diterima oleh Encik Hyad Eddie, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.











 Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka berdua.


Jumaat, 18 Mac 2016

[191] Kem Jelajah Lasak ARPRM Tahap Gangsa dan Perak 2016

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengikuti Kem Jelajah Lasak ARPRM Tahap Gangsa dan Perak anjuran Badan Operasi ARPRM Quantum Training Centre dan Gen Y Ambasador pada 14 - 16 Mac 2016 di Ecotarium Gunung Pulai 2, Pusat Rekreasi dan Inovasi Majlis Perbandaran Kulai.

Kem ini disertai oleh 40 orang peserta, termasuk 2 orang peserta Tahap Gangsa dan 2 orang Tahap Perak dari Badan Operasi ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Ia diadakan sempena cuti sekolah selama seminggu pada bulan Mac.

Selama 3 hari, para peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti. Ia dimulakan dengan pendaftaran diikuti dengan ice breaking, Taklimat ARPRM, memasak dalam kumpulan, dokumentasi, 'jungle tracking', 'team building', agrotani, 'camp fire' dan banyak lagi.

Kem dikendalikan leh Chief MO (Encik Rahiman), seorang Panel Penilai ARPRM Kebangsaan dan dibantu oleh Mentor dan Fasilitator.

Berikut adalah gambar dan video sepanjang kem diadakan.

Hari 1

















Hari 2




















 Hari 3





















Video - video sepanjang kem





Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kem ini. Semoga kita berjumpa lagi pada masa - masa akan datang.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...