Jumaat, 30 Disember 2016

[220] Maklumbalas Minat Remaja Terhadap Program ARPRM - DofE di Daerah Segamat

Berikut adalah beberapa dapatan penting menerusi kajian ringkas Maklumbalas Minat Remaja Terhadap Program ARPM - DofE di Daerah Segamat yang dijalankan semasa Program Penerangan dan Perkongsian Pengalaman ARPRM - DofE Untuk Daerah Segamat. Ia telah dilaksanakan sebanyak 5 siri dan melibatkan 552 orang responden.



























Sabtu, 10 Disember 2016

[219] #JelajahKampus Misi ARPRM 2016 / 2017 - Bahagian 1

Salah satu usaha yang dilakukan oleh pasukan ARPRM Badan Operasi Perastuan Belia G2 Felda Pemanis adalah siri #JelajahKampus Misi ARPRM. Ia bertujuan untuk mempromosi dan mengembangkan lagi program ARPRM di kalangan mahasiswa kolej dan universiti, sama ada di IPTA atau IPTS.

#JelajahKampus Misi ARPRM ini digerakan oleh Mentor yang terdiri daripada penerima ARPRM Tahap Emas yang telah dilahirkan. Buat masa ini, kebanyakkan dari mereka berada di universiti atau kolej. Peluang ini digunakan untuk mempromosi dan mengajak rakan - rakan untuk sama - sama menyertai program ARPRM.

Untuk permulaan, #JelajahKampus Misi ARPRM digerakan oleh Mohd Nur Ashraf Husin di Universiti Malaysia Terengganu. Beliau telah mempromosi, menerangkan, mendaftar dan memantau aktiviti komponen ARPRM untuk rakan - rakan yang berminat. 


Seramai 6 orang sebagai kumpulan pertama di Universiti Malaysia Terengganu memulakannya di bawah Mentor Mohd Nur Ashraff Husin.





ARPRM G2 dalam perancangan dan pelan untuk melaksanakannya di beberapa kampus universiti dan kolej lain lagi. Semoga ia akan dapat mengembangkan lagi ARPRM di seluruh negara.


Ahad, 4 Disember 2016

[218] Membadai Gelora Lautan - KLD Tunas Samudera Voyage 357 / 2016

oleh Mohd Firdaus Zainal Abidin

Sejarah dan Latar Belakang
Pada tahun 1988, YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad telah mengumukan bahawa Kementerian Pendidikan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan British telah bersama bersetuju untuk membiayai pembinaan sebuah kapal layar latihan. Kapal layar ini akan dikendalikan dan diselengara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi pihak negara untuk faedah belia negara dan pelatih TLDM.

Pembinaan kapal ini telah dimulakan pada November 1988 di Brooke Yacths Internatonal Ltd. Lowestoff Suffolk di United Kingdom. Kapal layar latihan ini telah diberi nama Kapal Layar Diraja TUNAS SAMUDERA dan ditauliahkan pada 15 Oktober 1989.
Istiadat penyerahan Kapal Layar Diraja TUNAS SAMUDERA telah dizahirkan bersama ole Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung yang ke-9 dan Her Majesty Queen Elizabeth II di Pangkalan TLDM Lumut pada 16 Oktober 1989 dengan penuh adat istiadat Tentera laut.

Kapal Layar Diraja TUNAS SAMUDERA merupakan kapal layar latihan jenis ‘Brigantine’. Kapal layar latihan inui diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada para belia dan beliawanis negara mengikuti latihan pelayaran dan menghayati serta mencintai warisan mritim di samping menimba pengetahuan. Program ini juga bertujuan mengukuhkan disiplin diri, memupuk sifat kerjasama dan membina kualiti kepimpinan. Pendedahan kepada ilmu pelayaran seperti navigasi, kaji cuaca dan ilmu kelautan yang diberikan melalui program ini seterusnya akan melahirkan belia dan beliawanis yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

Program KLD Tunas Samudera Voyage 357/2016 (Lumut – Langkawi – Lumut) ini merupakan program kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan juga Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM). Program ini telah dilaksanakan pada 2 - 14 November 2016. 

Saya Mohd Firdaus Bin Zainal Abidin merupakan anak jati Felda Pemanis, Segamat, Johor. Saya juga merupakan salah seorang daripada 24 orang pelatih yang mendapat peluang mengikuti program pelayaran KLD Tunas Samudera pada kali ini. 

Saya memulakan perjalanan ke Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak dengan menaiki Electric Train Service (ETS) dari stesen keretapi Gemas. Hanya mengambil masa 4 jam sahaja dari Gemas ke Kampar, Perak. Tiba di stesen keretapi Kampar, saya dan rakan menaiki teksi ke KRM Kampar dan hanya mengambil masa 10 minit sahaja. 

Setibanya di KRM Kampar, kami terus ke pejabat dan berjumpa dengan petugas program tersebut. Kami di minta untuk terus ke tempat penginapan dan bersiap ntk makan tengahari di kantin. Sebelum makan, sesi pendaftran dan  penyerahan semua dokumen kepada pegawai KBS iaitu Puan Yumiza dan Encik Asyraff. Selepas itu, kami bersama-sama menjamu selera. Aktiviti latihan kecergasan fizikal dn mental bermula pada waktu petang. 







2hb November 2016 
Petang
- Taklimat diberikan oleh Kem Kom iaitu Encik Pawi. 
- Ice breaking yang diketuai oleh Leading Firdaus. 
- Berjoging, senaman dan aktiviti kecergasan yang diketuai oleh Leading Azam. 
Malam
Majlis perasmian dan penyerahan sesi latihan oleh pihak KBS, En. Asyraff kepada pihak TLDM.
Sesi perkenalan dengan semua urusetia dan fasilitator Kem Latihan KLD Tunas Samudera.
Sesi taklimat dan pengenalan KLD Tunas Samudera yang disampaikan oleh Ketua Kem yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Long. 
Sesi perkongsian pengalaman oleh bekas pelatih KLD Tunas Samudera, leading Azam. 
Diberi lirik lagu Samudera Raya TLDM KLD dan perlu menghafal lagu tersebut.







3hb November 2016
Berkumpul di kawasan lapang
Berjoging keliling kompleks, bersenam, melakukan aktiviti kecergasan iaitu bumping, sit up, back arc, star jump dan lain-lain lagi. 
Berguling-guling lebih kurang 50 meter pergi dan balik – Masa ni lah ramai yang muntah kerana terlalu pening. Tip sangat mudah untuk tidak muntah, berguling sampai diminta untuk bangun dan terus lompat pandang ke atas. Pening tuh akan reda dengan sendirinya. 
Arahan Kapal Karam oleh fasilitator iaitu semua pelatih perlu turun dengan kadar pantas dan melakukan bumping sebanyak 10 kali. 
Arahan Kapal Senget oleh fasilitator iaitu semua pelatih perlu bertanya semua samada sebelah starboard,stbd (Kanan) atau Port (Kiri), Jika port, semua pelatih turun bumping ke sebelah kiri sebanyak 10 kali. 
Diajar cara memakai Life Jacket dengan betul
Aktiviti water confident – Semua pelatih diminta untuk terjun ke dalam air dan membuat bulatan.
Latihan menyanyikan lagu KLD Tunas Samudera
Aktiviti berjaga malam (Night Duty) 

4hb November 2016
Berkumpul di kawasan lapang
Berjoging keliling kompleks, bersenam, melakukan aktiviti kecergasan iaitu bumping, sit up, back arc, star jump dan lain-lain lagi. 
Menyanyikan lagu KLD Tunas Samudera sambil melakukan star jump. 
Di beri arahan untuk masuk ke dalam air dan lari semula beratur di kawasan lapang dengan pantas. 
- Kerjasama setiap orang sangat penting
- Jangan mementingkan diri sendiri
- Bantu rakan-rakan yang tidak bermaya, penat atau sakit
Diajar cara memakai harness dengan betul dan cara penggunaannya ketika ingin memanjat dan menurun.
Semua pelatih perlu memakai jaket keselamatan dan secara berdua-dua mengangkat kenu untuk belajar cara rafting ketika berada di air. 
Semua berkumpul mengikut kumpulan masing- masing dan diberikan makanan juga barang-barang untuk aktiviti survival di dalam hutan. 
Membawa semua barang-barang dengan menaiki kenu ke kawasan hutan sebagai tempat untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti survival.
Kami di kehendaki menyediakan kawasan tempat berteduh, memasak dengan menggunakan mastin. Paling mencabar ketika ini ialah memasak dalam keadaan hujan yang lebat dan hanya menggunakan ‘life jacket’ sebagai atap. 
Aktiviti ambush oleh fasilitator – Kami kalah kerana ketika ambush dibuat, kami menggunakan lampu suluh. Seharusnya kami menjaga kawasan kami daripada di ambush oleh fasilitator atau menyorok di tempat yang mereka tidak ketahui. 
Tetapi akhirnya, kami diminta untuk balik ke kem atas faktor keselamatan.










5hb November 2016 
Seawal jam 6.45 pagi kami semua sudah berkumpul untuk bergerak ke pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Mengambil masa 1 jam untuk sampai ke sana dengan menaiki bas.
Sesi penyerahan pelatih kepada pegawai memerintah Kapal Layar Diraja tunas Samudera, Tuan KDR Azean B. Md Nor oleh pegawai KBS, En. Asyraff untuk meneruskan program KLD Tunas Samudera dari Lumut – Langkawi –Lumut. 
Kami diberi 3 helai baju, 1 seluar track dan topi. 
Semua pelatih mesti memakai harness kecuali waktu solat dan bersihkan diri.
Kami belayar dengan penuh tanda hormat meninggalkan pangkalan TLDM dengan dibunyikan wisel ‘piping’ oleh setiap anak kapal. 
Aktiviti mengenal bahagian kapal layar
KLD Tunas Samudera dilengkapi dengan layar ‘Fore and Aft Rigged’ yang merangkumi layar tiga segi dan layar empat segi. 
Layar Tiga Segi 
1. Jib
2. Fore Stay Sail
3. Main Stay Sail
4. Top Gallant Stay Sail

Layar Empat Segi
1. Main sail
2. Course
3. Top Sail
4. Top Gallant

5 layar tambahan 
1. Drifter
2. Storm Sail
3. Tri Sail
4. Main Gaff Top Sail
5. Fisherman 
Sesi ‘ice breaking’ antara pelatih dengan anak-anak kapal pada waktu malam.

6hb November 2016
Jam 6.30 pagi sudah bersiap untuk aktiviti senaman di atas kapal selepas solat subuh berjemaah.
Mempelajari cara untuk naik ke tiang layar. 
Kali pertama saya naik tiang layar adalah yang paling atas sekali iaitu top gallant. 
Aktiviti Ikatan Tali – Terdapat 10 jenis ikatan yang telah dipelajari :
1) Bowline – Tali penyelamat
2) Figure of Eight – Mematikan hujung tali
3) Sheet bend – Menyambung tali tak sama besar
4) Reef knot – Menyambung tali sama besar
5) Stopper – Menahan tali yang ada tekanan supaya tali yg hendak ditarik tidak bergerak
6) Close hitch – Ikatan pada tiang (tiada telinga)
7) Slip close hitch – Ikatan pada layar (Ada telinga)
8) Fisherman – Ikatan pada mata pancing
9) Rolling hitch – Ikatan di ikat pada tali lain untuk menegangkan tali
10) Round turn and two half hitch – Ikatan pada pelampung
Aktiviti Bahagian Navigasi 
Plan track
By GPS 
Night duty 






7hb November 2016
Senaman pagi 
Aktiviti membuka layar dan menggulung layar 
Mempelajari bahasa kapal atau arahan yang perlu diberi untuk membuka dan menggulung layar. 
Aktiviti Mengenal Barang 
Night Duty – Saya duty di bahagian chart room atau navigation room. Saya mempelajari cara untuk merekodkan bacaan North dan East. Seterusnya membuat lakaran untuk mengetahui kedudukan kapal dan laluannya. Melalui ini juga, kita boleh mengesan kelajuan kapal layar tersebut. Setiap 15 minit perlu merekodkan koordinat North dan East di dalam buku rekod yang disediakan dan setiap 1 jam perlu merekodkan koordinat dan kelajuan kapal. 

8hb November 2016
Senaman pagi 
Aktiviti membuka dan menggulung layar
Pertandingan ikatan tali – Di menangi oleh Awasan Merah
Mempersembahkan ‘cheers song’ setiap awasan
Pertandingan cipta Logo dan Motto – Di menangi oleh Awasan Putih
Night Duty – Saya duty di bahagian Wheel Helsman. Berasa sangat seronok kerana dapat mempelajari dan mendapat pengalaman memandu kapal layar. 







9hb November 2016
Jam 7 pagi bergerak ke Pelabuhan Tg Lembung iaitu pangkalan TLDM di Pulau Langkawi.
Setibanya di pangkalan TLDM Pulau Langkawi, semua pelatih diarahkan memasang ‘owning’ kapal, membersihkan kapal (Happy hour)
Aktiviti hiking dan mandi-manda di air terjun Telaga 7. Hanya mengambil masa 1 jam dari pangkalan TLDM untuk sampai ke tempat destinasi. Aktiviti hiking ini mengambil masa 30 – 45 minit untuk sampai ke Telaga 7. Saya merasakan sangat penat tetapi sangat berbaloi apabila dapat bermandi – manda di air terjun Telaga 7 yang sangat seronok dan cantik permandangannya. 
Aktiviti kecergasan fizikal dan mental :
Di beri arahan untuk melaksanakan aktiviti ini iaitu perlu berselfie dengan 
papan tanda Telaga 7, penjual kelapa, penjual tiket parkir, Waterfall dan pelancong asing. 
Aktiviti riadah iaitu bermain futsal bersama staf dan rakan-rakan pelatih. 

10hb November 2016
Senaman pagi.
Berjoging menaiki bukit perumahan yang sangat tinggi dan memenatkan.
Diberi pelepasan untuk bersiar-siar di Pulau langkawi; contohnya Pekan Kuah, Dataran Helang, membeli coklat dan barang-barang di Haji Ismail Group (HIG), Chenang dan banyak lagi tempat yang menarik di Pulau Langkawi.
Berasa sangat seronok dapat berjalan-jalan bersama kawan-kawan dan dapat membeli barang-barang yang murah di Pulau Langkawi.






11hb November 2016
Selepas solat subuh, semua pelatih diarahkan untuk membuka ‘owning’ kapal, mengelap segala air yang ada dan menggilap tembaga. 
Semua pelatih dan anak-anak kapal bersedia untuk bergerak dan berlabuh meninggalkan pangkalan TLDM di Pelabuhan Tq. Lembung, Pulau Langkawi. 
Semua pelatih diarahkan untuk naik ke atas tiang layar. Kali ini saya naik di bahagian tengah tiang layar iaitu top sail. 
Hampir 1 jam 30 minit juga kami berada di atas tiang untuk memperkemaskan layar dan mengikat layar.
Pertandingan mengenal barang – Di menangi oleh Awasan Biru
Pertandingan tarik tali – Di menangi oleh Awasan Merah
Aktiviti memasang dan menggulung layar 
Pertandingan memasang dan menggulung layar – Di menangi oleh Awasan Biru
Keseluruhan pertandingan di menangi oleh Awasan Biru, kedua adalah Awasan Merah dan terakhir adalah Awasan Putih. Bendera untuk ketiga-tiga awasan dinaikkan dengan menyanyikan lagu Samudera Raya TLDM KLD.
Night Duty – Saya bertugas di bahagian ‘ Look-up’ atau Pemerhati Kapal

12hb November 2016
Senaman pagi 
Game ‘Pirates’
Aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana aktiviti ini membolehkan kami ‘hijack’ kapal layar ini dan menangkap seluruh anak-anak kapal serta mengikat mereka. 
Kami juga perlu untuk mengawal kapal layar ini di setiap bahagian kapal.
Walaubagaimanapun, akhirnya kami tewas dan semua berjaya ditawan semula oleh semua anak-anak kapal yang kami tangkap kerana kami tidak mengikat mereka dengan betul. 

Mempelajari aktiviti tiupan ‘Piping’ – Penggunaan Bosun Core
Terdapat 7 jenis tiupan pipe iaitu:
1. Pipe steel
2. Pipe down
3. Pipe carryon
4. Hand to dinner
5. Wieke wieke
6. General call
7. Piping the side

Terdapat 5 bahagian pada Bosun Core iaitu:
1. Gun
2. Ring
3. Shakle
4. Kill
5. Bouy

Mempelajari aktiviti ‘Breathing Apparatus’ (BA) set

Terdapat 6 bahagian yang penting iaitu
1. Pressure gas
2. Mask
3. Cylinder tank
4. Bag plat
5. Demand valve
6. Cylinder valve

Cara pemakaian BA set iaitu
1. Seperti memakai bag
2. Memakai dari atas
3. Secara bantuan dari kawan


13hb November 2016
Senaman pagi
Di beri pelepasan untuk membeli barang-barang di Pekan Lumut, Perak. Bertujuan untuk membuat persediaan Majlis Makan Malam.
Membuat segala persiapan untuk majlis tersebut. Saya selaku pembaca doa untuk majlis tersebut.
Majlis bermula pada jam 8.30 malam, turut hadir bersama pegawai KBS, En. Asyraff dan staf dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Persembahan dari setiap awasan dan juga anak-anak kapal.
Jamuan makan malam yang sangat enak dan sedap iaitu fish n ship, nasi goreng, sosej, buah tembikai, oren dan lain-lain lagi.
Kami juga berkesempatan untuk berkaraoke bersama rakan-rakan pelatih dan crew-crew kapal.


14hb November 2016
Semua pelatih bersedia dengan memakai harness dan topi yang diberikan
Semua pelatih diarahkan untuk menaiki tiang layar dan hanya beberapa orang sahaja yang perlu membantu anak-anak kapal di bahagian ‘deck’ kapal.
Berlabuh di pangkalan TLDM, Lumut, Perak dengan selamat.
Semua pelatih diarahkan untuk memasang ‘owning’ kapal layar.
Semua pelatih bersiap untuk majlis penyerahan sijil dan anugerah pelatih lelaki terbaik, pelatih wanita terbaik dan Alhamdulillah saya telah dianugerahkan pelatih terbaik keseluruhan KLD Tunas Samudera Voyage 357 / 2016. 
Sesi bergambar dengan semua pelatih dan anak-anak kapal.
Semua pelatih diarahkan untuk membersihkan kapal dan bersiap sedia untuk berangkat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak di Ipoh. 
Penutupan KLD Tunas Samudera Voyage 357/2016 yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Tuan Abdul Rahim b. Tuan bahru. 


15hb November 2016
Semua pelatih berangkat pulang ke destinasi masing-masing. 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...