Selasa, 17 April 2018

[312] Lentera Kasih - Fasa 1

AHAD, 15 APRIL 2018 - Program Lentera Kasih - Fasa 1 : Kunjungan Kebajikan dan Sedekah telah diadakan oleh G2 melibatkan 5 buah keluarga meliputi Felda Pemanis 1 dan Pemanis 2. Kira - kira 15 orang #TeamG2 telah bersama berkunjung. Ia turut disertai oleh Encik Lau Chin Hoon.

Projek Lentera Kasih merupakan sebahagian dari siri khidmat masyarakat dalam bentuk pemberian sumbangan barangan keperluan dan tunai kepada golongan yang memerlukan. Beberapa siri lagi akan menyusul. Terima kasih kepada pasukan yang bersama petang tadi.






















Ahad, 8 April 2018

[311] Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor 2018

JUMAAT DAN SABTU, 6 DAN 7APRIL 2018 : Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor 2018 mengambil tempat di SMK Agama, Segamat selama dua hari bermula hari ini dan esok. Pelbagai acara diadakan termasuk Pertandingan Inovasi. Adik - adik SMK Pemanis mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi dengan dua kumpulan membawa dua projek.

TAHNIAH team Inovasi SMK Pemanis. Dua projek dari dua kumpulan yang membuahkan hasil cemerlang. Team Projek J'arto : Johan dan Emas Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor (Ahmad, Irdina, Fahmi dan Ezra - Tingkatan 3). Manakala team Projek Siwafi mendapat Emas (Affif, Aliah, Nora dan Fahmi - Tingkatan 4). Naib Johan : SMK Palong Timur dan Ketiga : SMK Seri Kenangan. Syabas dan tahniah semua.


SESI LATIHAN DAN PERSEDIAAN PEMBENTANGAN








SESI PENJURIAN








PENYAMPAIAN ANUGERAH




 









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...